Followers

Saturday, 22 June 2013

islam itu indah

Mutiara Kata

Saidina Ali r.a.

* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.

 Hamka

* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. 


Bunga kebanggaan Islam

ini adalah bunga yang sentisa takut,rindu ,cinta dan harap kepada Tuhannya...ya Allah aku meriduiMU dan kekasihMU..Rasulullah s.a.w...


Wanita hiasan dunia..seindah hiasan wanita solehah..

wanita yang disayangi
adalah pencinta Tuhannya...
yang mengalir cinta,takut,dan harap...
yang mengusai perjalanan penghidupannya..
dari waktu ke waktu...
dari hari ke hari..
sehingga perjalanan di antara..
jasad dan nyawanya berakhir..

wanita yang dirindui...
adalah wanita yang dimata dan wajahnya..
terpancar sinar nur Ilahi..
lidahnya basah dengan zikrullah..
di sudut hati kecilnya..
sentiasa membesarkan Allah..

wanita yang dicintai..
yang menutup auratnya..
dari pandangan mata ajnabi..
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya..
di sanjung tinggi..
penduduk langit dan bumi..

wanita yang diimpikan..
adalah yang mendekatkan..
hatinya yang telah jauh..
kepada Ar-rahman,Ar-rahim..
di saat orang lain dilamar kebendaan..

wanita yang dikasihi..
yang bersyukur dengan apa yang ada..
yang bersabar pada yang tiada..
cinta pada hidup yang sederhana..
yang tidak bermata benda..

wanita yang disukai..
menjadi dian pada dirinya..
menjadi pelita untuk putera-puterinya..
yang bakal dilahirkan..
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari..



JANJI ALLAH...CINTA ALLAH

Janji Allah yang benar meliputi
beberapa hal,janji kemudahan
sesudah kesulitan,keselamatan sesudah
bencana,kebebasan sesudah terhimpit
dan kesengan sesudah kasusahan

seindah-indah cinta
adalah cinta kepada
penggenggam alam semesta..
kepada yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus cinta-Nya
yang kekal cinta-Nya
Dialah ALLAH..ALLAH

Yang Maha Agung,
Maha Indah,Maha Penyayang,
Maha Membela,Maha Mempesona,
cinta kebenaran

CINTAI RASULULLAH
CINTA semata-mata
kerana ALLAH



carilah kemanisan iman

~Bila di belenggu masalah sedangkan tak siapa pun yang mengambil kisah...ingatlah pada DIA yg tak pernah melukakan hatimu.Bila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu...jgn putus asa krn DIA Melihat segalanya...Bila semua org di sekeliling tak mahu m'dgr suara dan keluhanmu... jgn kecewa krn DIA MAHA PENDENGAR dan bila parut lukamu dicederakan lg. Ingatlah DIA sentiasa bersama-sama orang yang sabar..~


~Carilah kemanisan dalam p'juangan,p'juangan mengejar cinta dari TUHAN, mehnah m'dtg itulah ujian,jgn tersungkur walau terbeban, BAWA HATIMU KEPADA TUHAN, di sana menanti syurga idaman...~
زهرة الجنه
:: Peringatan ::
Buat diriku yang sering lalai dan leka...

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan? Besar kemurkaan Allah atas apa yang kamu katakan tetapi kamu tidak lakukan..." (As-Shaff: 2)

Saturday, 26 January 2013